Monday, April 4, 2011

Luahan Sebenar (PART 2)

apepun steady cool dulu sebelum kite beremo bagai..cuaca sekarang ni memang tak menentu sama jugak la dengan jiwa raga aku ni haishhh... ;)

berbalik kepada sambungan yang lalu PART 1 (sem 1) aku masih lagi budak debab yang selalu memikirkan tentang perasaan orang lain sebelum memikirkan tentang perasaan aku sendiri. itulah kelemahan aku yang susah aku nak buangkan.

masuk sahaja semester yang kedua.. aku, D, M dengan A tukar rumah sewa yang lain. disebabkan kami ni dalam bidang yang sama aku follow je la dorang nie..walaupun emmmm lagipun dalam kelas pun duk 1 group so senang keje kami ni bile dah 1 rumah..T plak (dulu rakan sebilik) tinggal rumah yang lain disebabkan kami semua dah tak ngam dengan dia tapi dalam hati aku sebenarnya aku lebih kenal siapa dia berbanding yang lain.

dalam rumah yang baru ni aku decide yang aku nak tinggal dalam bilik sorang2 je. nasib baik la dapat sebab bilik tu memang kecik. sesuai sangat la huhu. rumah sewa baru ni bukan ada kami berempat je tapi berenam...lagi 2 orang tu member dalam kelas R dengan I. kalau diikutkan kami ni memang taknak serumah dengan dorang tu sebab dalam kelas kami bukannya baik sangat pun boleh dikatakan macam bermusuh pun ada.

tapi bila dah lama2 tinggal serumah kire ok la...pasal si A plak aku memang tak bertegur dengan A cuma bercakap perkara yang penting2 je la macam assgment. dan macam biasa bila susah baru nak cari aku. untuk menjaga persahabatan aku dengan dorang ni aku sentiasa akan fikir pasal kisah lalu. sentiasa beringat la katakan. taknak jadi macam dulu lagi.

aku ni memang penakut orangnya. nak tinggal satu bilik sorang tapi bila nak tido malam je aku menumpang kat bilik R dengan I. nasib baik la dorang yang ajak hehe. tapi makin lama aku rasa ada benda yang tak kena. aku tau aku tumpang bilik dorang pada waktu malam..segan pun ada tapi ada jugak suara jembalang iaitu M. aku ingat lagi dia pernah cakap kat aku yang I dah tak suka aku tumpang bilik dorang pastu kata aku berkira sangat. aku terima je la pe yang M cakap tapi kurang percaya la. macam biasa la perempuan ngata sana sini. aku memang sakit hati tapi R kata dia dah tak kisah aku nak tinggal sebilik sebab dah terbiasa.

dalam beberapa hari tu pulak R dengan I discuss dengan aku dorang kate dah setel..pasal cakap aku berkira sangat tu dorang kurang puas hati sikit la dengan aku. aku just cakap aku berkira bertempat..selama ni apa2 yang korang nak aku bagi kan..bagi pinjam tu pinjam ni. tapi mesti la sesetengah perkara tu aku agak kedekut sikit. sape yang tak kedekut kat dalam dunia ni kan...huhu

bila tinggal serumah dengan dorang ni agak hapening gak la...paling syok ngumpat orang..hehe xoxo..
tiba2 dorang bukak cerita pasal T (rakan bilik lama aku). biasa la ngata2 pasal dia ni sebab boleh dikatakan kami ni memang tak suka T. cumanya aku rasa lain bila mulut aku ngata pasal T hati aku kata sebaliknya. hati aku berkata T yang sebenarnya bukan yang sepertimana dikatakan.



biasalah bila kat kolej mesti la berselisih..tapi aku buat dunno je bila jumpe dia. paham2 je la bila aku dh 1 geng dengan orang yang tak suka dia...nak tak nak kena gak join huhu. macam takde pendirian kan. nak buat cam mana dah la 1 kelas 1 rumah pulak tu haishhh....ikut kan aje la ye...kalo nak diikutkan aku nak je bersembang panjang dengan T tapi emmmm...




No comments:

Post a Comment

marilah komen mengomen :)