Thursday, March 24, 2011

SEMUA PERASAAN ADA :)

Dalam sebulan nie, aku hidup macam dalam ketakutan je. Mood pun tak berapa baik je. Ini semua gara2 aku nak ambil test JPJ moto dengan kereta. Memang tak tidur lena la dalam sebulan ni, asyik fikirkan pasal test ni je. Lesen L dah lama ambil, tu yang aku fikir2 baik ambil je test JPJ tu sekarang. Lantak la nak jadi apa pun.

Tapi aku ambil test moto dulu pada 8/3/11. Belajar lebih kurang 2 minggu (selasa,khamis,jumaat). Ambil asing2 senang aku rasa..nanti kalau ambil dua2 sekaligus aku pulak yang pening hehe. Masa ambil test moto tu aku takut gila arr..lebih2 lagi time nak jalan kat titi tu. Fuhhh...lepas je lega la yang amat sebab yang lain tu agak senang la tapi AWAS!!! yang senang tu la yang susah yer huhu. Dapat je result kat JPJ..tarik nafas lega la aku..memang tak terkata la. Tengok result banyak kali..macam tak percaya je :) 

Dugaan yang pertama dah lepas..kini dugaan yang kedua plak yang menanti iaitu BLAJO KERETA!!!
Arghhhh...ni yang aku paling takut sekali bawa kereta manual hadoiiiiiii...pegang stereng pun keras hahaha.
Tapi lama2 dah ok la. kadang aku buat salah, cikgu yang geleng kepala hahaha...

Aku paling takut belajar kat jalan raya..paling benci nak tukar gear tapi nak tak nak kena jugak belajar untuk aku sendiri jugak pun kan.. So, test JPJ 22/3/11 macam2 perasaan ada. Mana tak yer tengok orang lain buat bukit, 3 penjuru dengan parking pun tak lepas aku dah fikir macam2. Muka aku ketat je masa buat test nie..aku fikir diri aku je yang lain tu LANTAK LA..!!!!! Buat je sehabis baik ngeee~ :)

Seriusly la aku cakap test JPJ adalah yang paling menakutkan. Nak ambil SPM pun tak de la takut gelabah camni.. Lagipun aku tak cakap sangat dengan orang yang aku nak ambil test nie sebab selalunya kalau kite kecoh sangat nanti ia takkan menjadi sebab tu la aku berjaga2..aku sanggup tinggal umah sorang2 walaupun mak ayah aku pergi jalan2..nanti orang laen banyak tanya aku yang stress nanti huhu...
Yang lain aku buat adalah DOA+USAHA+TAWAKAL = dan akhirnya BERJAYA yeahhh
ALHAMDULILLAH...syukur pada ALLAH :)


No comments:

Post a Comment

marilah komen mengomen :)