Friday, April 1, 2011

Luahan Sebenar (PART 1)

Selama ni aku hanya mendiamkan diri sebab aku ingin menjaga hati orang. memandangkan aku dah konvo semuanya sudah berakhir. boleh dikatakan hari konvo adalah hari pembebasan aku yang sebenar dari alam kolej  yang aku telah bertahan selama 2 tahun.

masih segar lagi dalam ingatan aku macam mana aku telah diperlakukan dalam umah sewa mahupun di kolej. ya, aku anak bongsu, anak yang dikatakan manja la sangat kan tapi aku masih lagi boleh berdikari. cuma pada masa tu aku masih belum kenal lagi dunia luar yang sebenarnya. ya, aku mengaku pada mulanya aku memang salah sebab terlalu percayakan orang, sangat berterus terang dan ia menjadi penyebab mengapa persahabatan aku dengan rakan yang lain menjadi renggang dan terutamanya dengan rakan bilik aku sendiri iaitu T.

lama kelamaan segalanya sudah pulih namun ia tidak bertahan lama. ada sahaja dugaan yang datang. aku pun tak tahu kenapa ada je orang tak puas hati dengan aku. padahal aku baik je dengan si A ni. dia susah..aku tolong je tapi dia hanya gunakan aku. belakang aku, A cerita yang bukan2 pasal aku pada M dan D malah  bercerita yang sangat berbeza apa yang aku cakap dengan si A nie. apa salah aku..???


semua kesalahan jatuh atas bahu aku sendiri..aku takde sape2 untuk mengadu. so, bawa diri je la ke rumah family lagi aman tenteram. sampaikan aku decide nak berhenti je dari kolej sebab dah tak tahan sangat. bila aku balik je rumah sewa aku, D, M dengan A ada wat discuss sikit. aku cerita semua yang aku cakapkan dan ternyata si A adalah dalang semuanya. memang aku tak sangka sebelum ni. tapi aku takde la ambil tindakan apa2 pun just tak bercakap je sebab pusing mana2 pun jumpa jugak. lagipun satu rumah kan malas nak keruhkan keadaan.

apa yang aku buat just tak ambil kisah je walaupun jauh di sudut hati aku ni aku masih ambil kisah. aku sentiasa akan beringat tentang peristiwa ni.

2 comments:

  1. selamat berhujung minggu dik

    alhamdullilah..awak dah konvo pun...
    bagi kak luahan hati atau apa2 yang melibatkan perasaan memang sangat2 sesuai diluahkan dalam blog....
    kadngala kita bukan nak cari pasal..tapi terasa inilah punca kita rasa beban sangat2..

    PS: kak mendoakan awak rasa selesa selepas meluahkan..

    ReplyDelete
  2. terima kasih akak...
    ini adalah satu2 nya cara utk saya meluahkan perasaan...
    ternyata apabila meluahkan amat lega dan selesa sekali...

    ReplyDelete

marilah komen mengomen :)